Thursday, August 25, 2011

Nasihat untuk diri sendiri n kwn2 sume.. peace!




"Jangan Tak… & Jangan… di Facebook"


saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.
Memang canggih sungguh Facebook ni. Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu. Maksud saya dalam hal:
• tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa
• mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
• nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran

platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja. Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja. Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:

Jangan tak:
• malu
• fikir sebelum berbuat sesuatu
• ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan setiapnya
• tegur-menegur
• nasihat-menasihat
• saran buat baik
• kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
• ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
• awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
• rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
• set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
• dan banyak lagi…sila sambung

Jangan:
• kutuk-mengutuk
• fitnah-menfitnah / gossip
• gedik-menggedik
• ejek-mengejek
• upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
• upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda, isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
• buka aib diri sendiri & orang lain
• terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
• bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
• bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
• bebas sangat
• berlebih-lebihan dalam bergurau
• berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
• memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
• taksub & lalai dengan Facebook
• terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
• dan banyak lagi….sila sambung.

Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu. Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab itulah tulisan ini ditulis. Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi kegilaan orang ramai. Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari landasan kemuliaan akhlaq. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.

Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini. Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita leka, asyik dan lupa.
"Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki." (HR. Bukhari)
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam." (HR. Bukhari)
Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai."(HR. Muslim)
"Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk." (HR. Bukhari dan Al Hakim)
"Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, "Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini…begini." Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla."(Mutafaq’alaih)

sambung..jangan tak sambung..


No comments:

Post a Comment