Friday, May 11, 2012

kisah seorang hamba allah




Adalah seorang hamba Allah,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan..
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi....
aauuummmmm!!!!!....
bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri
Harimau tu kejar hamba Allah td..
Sebab dia dah lapar sangat nie
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar..
Hamba Allah ni punyalah takut,
berlari lintang pukang..
hampir terlucut kain dipakai..
Sempat juga dia berdoa..
 agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya..
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.. Tali tu pendek jer..
Jadi dia bergantungan di tengah2 perigi.
Di mulut perigi.. harimau yg lapar tu menunggunya

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan
Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu??
 Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga.
Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar
tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi..
naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
“Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni”

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi makanan buaya."

Berfikir lagi..Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya,
tetiba ...
terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu..
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit,
melihat lebah yg sedang bawa madu
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu pun kemudian berkata,
"Fuhhh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni..
Sedapnya…
Subhanallah sungguh sedap madu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya
itu  adalah ibarat malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru nak ingat..
Tapi..
 aku jugak masih sama,
nauzubillahh..



Monday, May 7, 2012

•♥•♥•♥•♥•♥•♥•♥•P3NJ4R4 PUDU•♥•♥•♥•♥•♥•♥•♥•


FAKTA YG MENGEJUTKAN......

Harus semua ambil iktibar...

TAHUKAH ANDA SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu..
Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil ..
"BilikTerakhir"
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati
pada keesokan harinya dibilik  gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu.
Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut pada keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu,
sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita..
 pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai..
 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.
Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi..
 beliau terdengar  seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja..
Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. .
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua..
Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan..
Namun,
diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu
sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila sampai je kedalam gua..
 tersebut alangkah terperanjatnya ia bila  didapati banyak  harta karun dalamnya.
Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan..
 lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu...
Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang punyaaaaaa ... "

ha ha ha ha ha.....100x


:: ::Hua99..sedap x citer ni?Best siot...Citer ni abah aku citer kt aku ngn adk2 aku mlm jumaat minggu lepas.. Ntah kt mana dia bedal.. Tp ending die memang best giler kan.. hahahahahahahaha....tidok aku je terkena,korang pun kena sekali.. padan mukeeeee!! Hahahahaha...