Adalah seorang hamba
Allah,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan..
Sedang dia menghirup udara
rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu
bunyi....
aauuummmmm!!!!!....
bunyi harimau yg kelaparan
dan hanya menunggu mangsanya saja
Jadi, si hamba Allah ni pun
lari untuk menyelamatkan diri
Harimau tu kejar hamba
Allah td..
Sebab dia dah lapar sangat
nie
Harimau tu pun kejar,
kejar, kejar dan kejar..
Hamba Allah ni punyalah
takut,
berlari lintang pukang..
hampir terlucut kain
dipakai..
Sempat juga dia berdoa..
agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi
Dengan kuasa Allah
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya..
Jadi untuk menyelamatkan
diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan
sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu.. Tali tu pendek jer..
Jadi dia bergantungan di
tengah2 perigi.
Di mulut perigi.. harimau
yg lapar tu menunggunya
Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri
sambil berdoa kepada Allah
agar dia diselamatkan
Tengah dok berfikir cam
ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi Aaaaa!!!!...Ya
Allah.....lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah
tu??
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib.
Dah jatuh ditimpa tangga.
Lagilah takut si hamba
Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk
mencari jalan keluar
tetiba keluar seekor tikus
putih dari lubang celah-celah perigi..
naik ke atas ikut tali yg
hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
“Cis, kurang ajar punya
tikus. Alahhhh....camner ni”
Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi,
cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi makanan
buaya."
Berfikir lagi..Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus
dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
"Macam mana nih..."
Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya,
tetiba ...
terdengar satu
bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu..
Si hamba Allah ni pun
mendongak ke langit,
melihat lebah yg sedang
bawa madu
Tetiba setitik madu
terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu pun
kemudian berkata,
"Fuhhh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni..
Sedapnya…
Subhanallah sungguh sedap madu
ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di
mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah ibarat malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam
kubur nanti.
Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.
Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia.
Bayangkan setitik saja
madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan
buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.
Waktu susah baru nak
ingat..
Tapi..
aku jugak masih sama,
nauzubillahh..
No comments:
Post a Comment