Saturday, August 27, 2011

Baca jangan tak baca !!renungan nie..

A bertanya kepada B

A::maaf,tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye?

B:: Encik jalan terus ikut jalan ILAHI,nampak simpang tiga masuk belah kanan,ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan,kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit iaitu pasar PERSIAPAN DIRI..hahahah tu tandanya Encik berada di jalan betul..
Semoga selamat sampai..

Friday, August 26, 2011

Nenek SengaL~



Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek mnta kamu smbg usahakan kebun."
Rahmat : "Jgn ckp mcm tu, nek..." (dlm hati, tak sia-sia aku blk kg... dpt pulak harta pusaka nenek).
Nenek : "Segala isi pkbnan, ternakan, villa, utk kamu. Tlg jg baik2, jgn lupa disiram tiap hr"
Rahmat : "Baik nek, nenek jgn bimbang. Tp dimn kebun nenek?
Nenek : "Di FB nenek, FARMVILLE, T nenek bagi tau passwordnya."
Rahmat : "????" 




Murid-Murid form1

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!! !!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
...Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!


Tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...   macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!   masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.   hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...   day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.   satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?   weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............   aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!   5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.   ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...   okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.   semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....   ----------------------   aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.   ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!   selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....   -----------------------------   hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!" sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.   4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...   balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??   ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!   ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..) aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)   semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....   ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri... aku: habes tuh ibu?? ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa... aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please.... ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa... aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai? ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..     aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......   aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.   pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...   "eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?" "kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"   pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..   9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.   kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!   sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."   semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....   "aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?   aku? haaaa?   "amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"   amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....   aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!   ------------------------   AMIR ZAQUAN:   sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~   masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..   kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!   kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?   and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!   ---------------------------------   FARAH MEDINA:   aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.   cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!   -----------------------------------   just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.   - - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -  

 (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)   moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)   *hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*  

Thursday, August 25, 2011

Muhasabah Diri


Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK,
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH
Apa guna pangkat beSAR..kubur dah dekat pun masih tak seDAR..

Erti Sebuah CINTA



ERTI SEBUAH CINTA ❤❤ Kepada yag masih SINGLE.. Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar, Tapi,. bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.
❤❤ Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. .
❤❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
❤❤ Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yang paling dalam saat kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
❤❤ Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.



❤❤ Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
❤❤ Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Dan cinta yang paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
❤❤ Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyadari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia berlalu pergi dan lupakanlah dia. ~ Cinta memang indah namun banyak onak berduri didalamnya...
p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat...cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dapat membawa kalian ke SYURGA Allah...InsyaAllah, Aamiin Ya Allah...

 

Nasihat untuk diri sendiri n kwn2 sume.. peace!




"Jangan Tak… & Jangan… di Facebook"


saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook. Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.
Memang canggih sungguh Facebook ni. Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu. Maksud saya dalam hal:
• tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa
• mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
• nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran

platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja. Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja. Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.
Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:

Jangan tak:
• malu
• fikir sebelum berbuat sesuatu
• ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan setiapnya
• tegur-menegur
• nasihat-menasihat
• saran buat baik
• kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
• ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
• awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
• rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
• set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
• dan banyak lagi…sila sambung

Jangan:
• kutuk-mengutuk
• fitnah-menfitnah / gossip
• gedik-menggedik
• ejek-mengejek
• upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
• upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda, isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
• buka aib diri sendiri & orang lain
• terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
• bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
• bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
• bebas sangat
• berlebih-lebihan dalam bergurau
• berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
• memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
• taksub & lalai dengan Facebook
• terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
• dan banyak lagi….sila sambung.

Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu. Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab itulah tulisan ini ditulis. Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi kegilaan orang ramai. Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari landasan kemuliaan akhlaq. Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.

Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini. Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita leka, asyik dan lupa.
"Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki." (HR. Bukhari)
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam." (HR. Bukhari)
Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, "Allah dan rasulNya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai."(HR. Muslim)
"Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk." (HR. Bukhari dan Al Hakim)
"Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, "Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini…begini." Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla."(Mutafaq’alaih)

sambung..jangan tak sambung..


Title>sesaje nk tnjuk beskal i time skool dlu..hehe


lawa x beskal kite.. lawa kn?kn?
beskal ni sbenarnya pada suatu ketika dlu milik abg i..pas 2 jatuh ke tgn i,n sekarang dipusakai oleh adik i iaitu aman butuk..dialah yg mnjaga beskal ni smpai ke hari ini.. tp yg spray kaler pink tuh of course lah i..mau xmngamuk die tgk beskal die kaler pink lps blk dr skool.. tp alhamdulillah,slps i bg ayat power ckt ckp pink nih menawan tok bdk laki cm die..nmpk kms smart gitu..so dia pn ok ciap giveme5 ag ..hehehe,i brjya tpu die..i just nk kekalkn kecantikan beskal i jew,,,hukhuk!

Ini untuk korang yg suke sangat member ngn rokok.. baca nie!

M'rkok adlh senjata Yahudi yg plg bjaya,nk thu knpe?
sbbnye
Mana ad org isap rkok bmula dgn BISMILLAH
Mana ad slps abis m'rkok ucap ALHAMDULILLAH
Mana ad org isap rkok muka kacak
Mana ad org isap rkok bibir cun
Mana ad org isap rkok smbil b'zikir
Mana ad org isap rkok giginye cntik
Mana ad org isap rkok mltnye wngi
sumenye bsuk
M'yalakan api adlh ksukaan syaitan
M'ltkn jari di mlt adlh amln Yahudi
M'gepit 2 jari pd rkok adlh p'lmbngn salib...

Polis & Penunggang Motor




penunggang motor d tahan polis sbb keslahan x de lampu~



Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?

Polis: La.. x kan x tau kot.Untuk keselamatan ko la.

Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?

Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa buang angin!!. Camna aku nak balik?

Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka??

AKU TAKUTTT...



Aku takut hantu!
Aku takut kena pecat!
Aku takut girlfriend aku lari! Aku takut tak da gaji!
Aku takut kalau dia tak suka! Aku takut nak tegur!
Aku takut nak cakap yang itu salah..!
Takut..! takut..! takut..!

Banyak sangat yang ditakutkan.
Dan ya, kau katakan kau takut kan Allah.

Kau takut Dia lupakan kau walau dalam masa beberapa saat. Haru biru hidup kau, ungu muka kau. Jadi putih mata kau.

Kau kata kau takut balasan dia. Takut masuk neraka. Takut dihisab pada hari setiap amalan diperlihatkan. Kau katakan lagi, kau takut Dia murka. Tak berani. Takut!!

Tapi..benarkah kau takut Dia?

Kau lagi takut hilang kekasih yang makhluk daripada hilang kekasih yang khalik (Pencipta)

Kau lagi takut hilang jawatan. Dan berani melanggar aturan Tuhan.

Kau lagi takut hilang penyokong. Sanggup mengata itu dan ini. Dan Kau tahu,itu bukan ajaran Tuhan mu yang turun sejak ribuan tahun lampau.

Kau tahu, Islam yang umurnya purba tak pernah purba dan tua dalam hidup. Dan kau tahu yang Islam ini adalah pedoman hidup mu.

Tapi kau lagi takut pada bukan yang sepatutnya.

Telah Dia ciptakan takut itu supaya untuk memberi mu peringatan. Tidak salah kau merasa takut. Tetapi salah kau meletakkan takut mu pada tempat yang salah.

Apakah benar takut pada Dia yang kau katakan itu. Atau kau hanya kata kau takut supaya tidak mahu orang lain kata kau tiada iman bertapak teguh dalam hati. Kau tahukah orang yang mengata itu, punya iman juga atau tidak?

Atau kau hanya mengata kau takut, supaya sedap hati kau. Supaya kau rasa terlepas dari belenggu karat pemahaman yang jahil?
Dan kau berani menentang takut kau pada Dia ,kerana hanya kau tidak nampak Dia dalam wajah Nya yang sebenar?
Dan kalaulah Dia menampakkan diri Nya,adakah kau akan terus berani menggunakan kata “TAKUT” itu?

Takutlah...